Thursday, December 16, 2010

perihal dajjal

Satu hari seorang ayah telah bersetubuh dengan anaknya sendiri sehingga lahirlah seorang manusia yg cacat matanya , dan anak ini telah di hanyutkan ke sungai…dalam perjalanan si cacat mata ini telah berselisih dengan Nabi musa a.s yg juga di hanyutkan oleh ibunya yg bimbang si Firaun laknatullah membunuh anaknya kerana telah kedengaran titah di setiap penjuru alam dari raja yg jahat bahawa sesesiapa yg melahirkan anak lelaki pada tahun ini akan di kenakan hukuman bunuh…
Allah menunjukkan sifatnya yag Maha hebat yg mana Nabi Musa a.s telah hanyut menentang arus dan tiba ke istana firaun dan di jaga oleh firaun sendiri selaku sejahat-jahat makhluk dan akhirnya menjadi seorang Nabi yg berakhlak mulia manakala si mata cacat yg juga di kenali dengan nama Samiri telah hanyut kesebuah pulau dan dijaga oleh malaikat Jibrail a.s yg tinggi darjatnya dan si samiri akhirnya menjadi satu makhluk yg paling jahat dan dahsyat! Lebih jahat daropada Firaun!Namrud! dan Qarun!

Maka membesarlah Samiri di pulau tersebut(pulau apa aku tak tahu) dengan bahagianya, dan malaikat jibrail telah mengajar hikmat2 yg begitu istimewa kepada samiri ini, dan samiri telah berjaya menyembuhkan matanya dan menghias pulau itu dengan indah dan begitu hebat berdasarkan ilmu2 yg telah di pelajari dari malaikat jibrail…akan tetapi, malaikat jibrail telah membuat syarat bahawa, si samiri akan memperolehi hidup yg bahagia di dunia dan di akhirat kelak apabila beliau sanggup berjanji tidak akan meninggalkan pulau itu walau dlm apa jua keadaan pun…dan si samiri telah berjanji akan mematuhi syarat dengan malaikat jibrai alahisalm.
Tentu ada yg korang macam tak setuju dengan apa yg aku cerita nih, aku berharap korang dapat betulkan apa yg salah kat kotak komen kat bawah ok?! 
Sambung lagi cerita…
Apabila si samiri ni telah besar, (lebih 40 tahun)maka dia memungkiri janji dan telah lari dari pulau kerana bosan duduk sorang2, dan tak sabar nak melihat dunia luar…apabila dia tiba ke dunia luar dia telah berjumpa dengan Nabi musa dan begitu kagum dengan hikmat-hikmat(mukjizat2) Nabi musa lalu telah membuat keputusan untuk menjadi pengikut nabi Musa…
Aku pendekkan lagi cerita
Akhirnya apabila Nabi musa telah selamat ke sebuah dataran dan firaun serta bala tenteranya telah musnah dalam laut…Nabi Musa telah pergi mengasingkan diri selama 30 hari di bukit Tursina…dalam keadaan begitu si samiri ini telah mengambil peluang untuk menjadi pemimpin(sesipa berniat nak jadi pemimpin-sila hati2) yg mana dengan ilmu dan hikmatnya yg di pelajari dari malaikat jibrail telah mencipta sebuah patung lembu emas yg boleh bergerak-gerak.(dahsyat…)
Untuk pengetahuan korang kaum bani Israel ini sebelum kedatangan Nabi musa a.s adalah penyembah patung lembu…maka kerana itulah mereka2 ini begitu mudah menjadi murtad…walhal mereka telah banyak menyaksikan keajaiban2 langit seperti laut terbelah, ular raksasa besar, lautan darah dan lain2, kerana itu daqwah melalui keramat atau benda yg pelik2 adalah bukan sunnah Nabi, nabi muhammas s.aw sendiri pernah belah bulan depan abu jahal tapi tak terkesan sedikitpun..aku nak pesan mereka2 yg terpengaruh dengan gurunya yg berjalan atas air, takde istimewanya, (takde maknenyer…)labah2 pun boleh jalan atas air, Nabi datang bukan nak ajar jadi binatang, nabi nak ajar korang jadi orang!

Apabila cukup 30 Hari Nabi musa belajar iman di bukit Tursina, maka Allah telah bagitahu pada Musa a.s. bahawa kaumnya sedang murtad dan Nabi Musa perlu tambah masa selama 10 hari lagi untuk dapat kekuatan menentang org yg murtad…
Apabila nabi Musa pulang, terus ditariknya janggut Nabi Harun dan marah2, dan berlakulah perperangan antara pengikut Nabi Musa dan Samiri… (yg ni ada cerita dlm al-Quran)
Akhirnya Nabi Musa telah berjaya mengalahkan samiri tetapi tidak dapat membunuhnya..samiri berkata hanya Nabi Isa a.s yg boleh membunuhnya..maka (aku pendekkan lagi cerita) setelah di ketahui oleh samiri bahawa tidak lama nanti akn lahir Nabi Isa a.s maka lari dan pulanglah si samiri ke pulau asalnya…
Dan akhirnya dia telah di berkas dan di rantai oleh malaikat dan telah berubah sifat dirinya menjadi makluk hoduh lagi buruk…dan tinggallah dia di pulau itu sampai sekarang…
Satu hari seorang pelayar(sailorman) telah terdampar ke pulau itu dan berpeluang bertemu samiri yg berupa makhluk raksasa …(ada dlm kitab hadith)
Maka apabila pelayar ini yg bernama Tamingdari r.a berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, dan bercerita tentang mahluk yg dijumpainya itu…maka Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkanya….itulah DAJJAL…, nama baru setelah melanggar sumpah sama macam iblis nama baru setelah ingkar dengan Allah subhanahuwataala…wallaualam…
Aku habiskan cerita ini di sini sebab yg lain2 dah banyak ustaz cerita dan banyak juga buku2 di pasaran…selepas sembahyang isyak pada malam itu ramai telah datang dan bertanya macam2 soalan terutama tentang iman mahdi, tanda kiamat dan lain2…

Ps: Sebelum kiamat besar datang, akan datang kiamat kecil, apakah kiamat kecil? Menjadi mayat adalah kiamat kecil….Ya Allah matikanlah kami dalam iman….

Wednesday, October 6, 2010

perbezaan yahudi ortodoks dan yahudi zionis



Yahudi ini terbahagi kepada dua.Yahudi Ortodoks dan Yahudi Zionis. Yahudi Ortodoks ini masih mengamalkan ajaran Nabi Musa as sampailah sekarang..Manakala Yahudi Zionis inilah yang jahat dan kejam. Mereka ini telah menyeleweng dari agama mereka. Yahudi Ortodoks ini juga membenci Yahudi Zionis sebab telah jauh terpesong dari ajaran agama asal mereka. Zionis ini lah yang menjadi orang suruhan dajal laknatullah. Yahudi Ortodoks juga menentang pencerobohan Zionis ke atas wilayah Palestin. Peperangan akhir adalah antara pengikut False Messiah (dajal) yang kebanyakannye terdiri dari Yahudi Zionis dan kaum Nasrani dengan pengikut the True Messiah (Imam Mahdi) yang terdiri dari umat Islam. Star of David yang diagungkan oleh Zionis di bendera tu sebenarnye bukanlah bintang Nabi Daud. Itu sebenarnya adalah lambang dalam Kabbalah yang menyembah iblis.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum Ariel Sharon adalah bekas Presiden Israel dan juga rakan baik kepada George W. Bush. Beliau adalah seorang yang kejam dan rakus membunuh dan menyembelih penduduk-penduduk awam palestin. Allah telah menurunkan azabnya kepada Ariel Sharon ini semasa di dunia lagi. Azab di akhirat tidak terbayang. Sebelum mati, Ariel telah koma dalam tempoh masa yang lama. Lebih 2 tahun. Sebelum koma Ariel menceritakan kepada setiausaha peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat mengerikannya. Dia nampak bahawa dirinya telah jatuh ke tangan rakyat Palestin, dan diheret dengan diikat dan dirantai dalam keadaan berbogel di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Gaza, Palestin.

Dan seminggu terakhir sebelum dia dikomakan oleh Allah, dia mengalami pula mimpi ngeri yang dia telah dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi ini sering mengganggunya sehinggalah dia koma. Tubuhnye juga membusuk dan mereput dari dalam seakan-akan sudah mati tetapi dia masih bernyawa. Demikianlah azab yang ditunjukkan oleh Allah kepada musuh agamanya. Allah maha besar.

Tuesday, October 5, 2010

panji hitam dari timur

seorang shabat saya minta supaya menulis tentang panji panji hitam dari ufuk timur Apakah sebenarnya panji2 hitam ini dan mengapakah begitu penting kita selaku umat nabi Muhammad S.A.W mengetahui akan perihal panji2 hitam tersebut...mengikut bacaan saya yg serba sedikit dapat saya ringkaskan da ketahuilah bahawa panji2 hitam ini adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Di sini saya letakkan beberapa hadis Rasulullah berkenaan panji2 dari ufuk timur

1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.


4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.


7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).


10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)


13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.
(Iman Muslim)


freemanson

Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

Monday, October 4, 2010

illuminati??


Iluminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Iluminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Iluminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Angold Stadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Iluminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Iluminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Iluminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Iluminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

2 lelaki yahudi pujaan ramai...


(1) David Beckham:

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

(2) Slash:

Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.

Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.

Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.

Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.

Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella.

Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun.

Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.