Wednesday, October 6, 2010

perbezaan yahudi ortodoks dan yahudi zionis



Yahudi ini terbahagi kepada dua.Yahudi Ortodoks dan Yahudi Zionis. Yahudi Ortodoks ini masih mengamalkan ajaran Nabi Musa as sampailah sekarang..Manakala Yahudi Zionis inilah yang jahat dan kejam. Mereka ini telah menyeleweng dari agama mereka. Yahudi Ortodoks ini juga membenci Yahudi Zionis sebab telah jauh terpesong dari ajaran agama asal mereka. Zionis ini lah yang menjadi orang suruhan dajal laknatullah. Yahudi Ortodoks juga menentang pencerobohan Zionis ke atas wilayah Palestin. Peperangan akhir adalah antara pengikut False Messiah (dajal) yang kebanyakannye terdiri dari Yahudi Zionis dan kaum Nasrani dengan pengikut the True Messiah (Imam Mahdi) yang terdiri dari umat Islam. Star of David yang diagungkan oleh Zionis di bendera tu sebenarnye bukanlah bintang Nabi Daud. Itu sebenarnya adalah lambang dalam Kabbalah yang menyembah iblis.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum Ariel Sharon adalah bekas Presiden Israel dan juga rakan baik kepada George W. Bush. Beliau adalah seorang yang kejam dan rakus membunuh dan menyembelih penduduk-penduduk awam palestin. Allah telah menurunkan azabnya kepada Ariel Sharon ini semasa di dunia lagi. Azab di akhirat tidak terbayang. Sebelum mati, Ariel telah koma dalam tempoh masa yang lama. Lebih 2 tahun. Sebelum koma Ariel menceritakan kepada setiausaha peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat mengerikannya. Dia nampak bahawa dirinya telah jatuh ke tangan rakyat Palestin, dan diheret dengan diikat dan dirantai dalam keadaan berbogel di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Gaza, Palestin.

Dan seminggu terakhir sebelum dia dikomakan oleh Allah, dia mengalami pula mimpi ngeri yang dia telah dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi ini sering mengganggunya sehinggalah dia koma. Tubuhnye juga membusuk dan mereput dari dalam seakan-akan sudah mati tetapi dia masih bernyawa. Demikianlah azab yang ditunjukkan oleh Allah kepada musuh agamanya. Allah maha besar.

No comments:

Post a Comment